About Me

My photo
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Friday 30 December 2011

Pembelian Buku di Kedai Buku Koperasi Dengan Baucer Buku RM200

alhamdulillah pelajar sekolah dan ipt akan mendapat bantuan sebanyak rm200 dlm bentuk baucer utk pembelian buku bagi pengajian mereka.

koperasi uitm telah menaikkan banner mengiklankan kemudahan kpd penerima baucer rm200 untuk membeli buku dui kedai buku koperasi uitm. pembelian menggunakan baucer rm200 ini di kedai buku koperasi uitm tidak terhad kpd pelajar dan staf uitm shj. pelajar sekolah dan pelajar ipt lain juga boleh menggunakan baucer rm200 mereka di kedai buku koperasi uitm.

apa lagi? jom kita beramai2 menggunakan baucer rm200 daripada kerajaan dgn penuh amanah dgn membeli buku di kedai koperasi uitm.

Tuesday 30 August 2011

Salam Satu Syawal 1432H

saya mewakili lembaga pengarah KUiB mengucapkan selamat menyambut satu syawal 1432h. Maaf zahir dan batin. semoga kita akan dipanjangkan umur untuk bertemu dengan ramadan 1433h.

Saturday 11 June 2011

MAT 27 KUiB

alhamdulillah, pada pagi semalam 10jun telah berlangsung mat 27 kuib di dewan annex uitm. kehadiran ahli melebihi 300. mesyuarat bermula jam 10 pagi selesai pada 11.30pagi.

keuntungan koperasi berkurangan berbanding tahun2 sebelumnya bermula 2009 kerana tidak dpt membekal buku kpd ptar. dan pada tahun lepas, walaupun asalnya untung, ianya bertukar kpd rugi kerana pelarasan perakaunan. walau bagaimana pun, alhamdulillah, kementerian telah mengeluarkan surat membenarkan koperasi universiti berniaga dgn universiti. maka kuib sekarang menunggu kerjasama pihak uitm utk membolehkan kuib membekal buku kpd ptar.

bajet utk 2011 dan 2012 dijangka akan menunjukkan keuntungan jika perancangan yg dilakukan dpt dilaksanakan. jika uitm membenarkan kuib membekal buku kpd ptar, insyaallah keuntungan akan lebih besar dan ini akan membolehkan kuib memberikan dividen yg tinggi dan lebih baik berbanding pelaburan ahli dlm perniagaan lain. bersamalah kita doakan agar kuib akan mendapat kebenaran drpd uitm utk membekal buku kpd ptar.

Thursday 2 June 2011

Koperasi dan Ahli

koperasi ditubuhkan utk pelbagai tujuan. tetapi antara tujuan utama adalah utk memberi manafaat kpd ahlinya.

ada manafaat berbentuk kewangan. ada manafaat berbentuk bukan kewangan. manafaat bentuk kewangan adalah melalui keuntungan yg diagihkan sebagai dividen tahunan. manafaat bukan kewangan seperti kemudahan sbg ahli. ada manafaat berbentuk pembelian barangan atau perkhidmatan pada harga yg lebih murah berbanding jika pembelian dilakukan oleh bukan ahli.

untuk memastikan koperasi boleh terus memberi manafaat kpd ahli dlm bentuk kewangan dan bukan kewangan memerlukan sokongan drpd setiap ahli. sebab koperasi bukanlah sebuah jabatan kebajikan masyarakat yg mendapat sumbangan drpd kerajaan. maka jika ingin membeli buku, barang runcit, minuman dan makanan di uitm, sebagai ahli dahulukan membeli dna berbelanja di koperasi kita. koperasi utk kebaikan dan kemajuan kita.

Tuesday 22 February 2011

Mesyuarat Agung KUiB 2011

insyaallah, pada 10jun 2011, jumaat, akan berlangsung mesyuarat agung tahunan kuib. kesemua ahli dijemput hadir.

Wednesday 2 February 2011

KUiB di UiTM Kuala Pilah

pihak uitm kuala pilah bersetuju utk menjemput kuib beroperasi di uitm kuala pilah. kuib dijangka akan mengendalikan kedai buku utk warga uitm kuala pilah. selain drpd buku, pelbagai barangan lain yg diperlukan warga uitm kuala pilah dan warga kuala pilah. barangan utama adalah utk memenuhi keperluan akademik.

KUiB di UiTM Jalan Othman

insyaallah, kuib akan beroperasi di uitm jalan othman, petaling jaya. cadangan adalah utk kuib menguruskan cafe di uitm jalan othman. menu akan menyenaraikan makanan dan minuman ringan utk mereka yg berada di sana. ianya akan berkonsepkan lounge.

Friday 14 January 2011

Jualan Buku 18-21 Jan 2011

pada minggu hadapan, 18 jan -21 jan 2011 (selasa-jumaat) akan diadakan jualan buku teks dan sebagainya oleh kedai buku uitm di ruang hadapan menara s&t uitm, dan di kampus puncak alam. para pelajar uitm, staf uitm dan bukan warga uitm yg ebrminat utk membeli buku2 teks dan sebagainya dijemput hadir ke tapak jualan.

ajak kawan2 beramai2 utk mendapat pembelian terbaik berbanding jualan oleh kedai2 buku di luar uitm.

Wednesday 12 January 2011

Acara Setiap Semester Jualan Buku

bermula semalam, 11jan selasa sehingga 14jan jumaat, kedai buku uitm, unit dibawah koperasi uitm bhd mengadakan acara pesta jualan buku utk sem jan-mei 2011. ianya diadakan di hadapan kedai buku uitm, bersebelahan ptar1, berhadapan dgn menara saas, uitm shah alam.

pelbagai buku dlm pelbagai bidang pengajian ditjual. termasuk juga buku2 novel, motivasi, dsbnya. ada juga 'clearance sal' utk buku2 edisi terdahulu yg dijual pd harga diskaun. berbanding dgn harga buku di kedai2 sekitar shah alam dan luar shah alam, harga buku di kedai buku uitm jauh lebih murah. sebuah buku yg saya lihat harganya 1/3 berbanding yg dinyatakan dlm ebay. jom kita menambah ilmu melalui pembelian buku2 berkualiti.