About Me

My photo
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Monday 22 April 2013

Lawatan Hormat Ke UiTM Negeri Sembilan dan UiTM Melaka

alhamdulillah, tadi pengurus besar kanan, pengurus pemasaran dan bendahari kuib telah melakukan lawatan hormat ke uitm negeri sembilan dan uitm melaka. lawatan hormat dilakukan kepada rektor negeri sembilan di kampus kuala pilah sementara kepada rektor melaka di kampus lendu alor gajah.

lawatan hormat untuk memperkenalkan kuib kepada kedua2 rektor. ianya juga berkaitan 'rebranding' kuib. selain daripada itu untuk melihat peluang perniagaan untuk kuib di kedua-dua kampus. melihat kepada sokongan dan dorongan daripada kedua2 rektor dan wakil kampus yang hadir sama, insyaallah kuib akan diberi peluang untuk menawarkan produk dan perkhidmatan kepada warga kedua2 kampus untuk kebaikan bersama.

terima kasih sekali lagi daripada kami kepada kedua2 rektor dan staf yang hadir.

Friday 15 February 2013

Tugas Jawatankuasa Audit Dalam

KUiB perlu ada JAD sebagaimana keperluan SKM. JAD antara tujuannya adalah membantu perjalanan operasi.

Petang semalam, alhamdulillah telah berlaangsung pertemuan antara beberapa ALK, pengurus besar kanan bersama JAD KUiB. pihak ALK berterima kasih kepada anggota2 yang sudi menjadi ahli JAD KUiB. Diharapkan agar JAD akan dapat membantu menjadikan KUiB antara koperasi yg memberi pulang dividen tahunan yang tinggi dan berdayasaing di Malaysia.

Seperti kata Ketua JAD, JAD bukan nak cari salah sesiapa. Saya bersetuju. Walau bagaimana pun, jika didapati bahawa ada individu yang terlibat mengganggu dayasaing, prestasi dan kebolehlangsungan KUiB sebagai koperasi di UiTM untuk warga UiTM, maka perlu diambil tindakan sewajarnya, jika perlu melaporkan kepada SKM, SPRM, PDRM dan Bank Negara.

Monday 28 January 2013

RM 1 Juta

rm1juta adalah sasaran untung bersih kuib utk 2013. walau bagaimana pun, pengurus utama kuib mencadangkan sasaran untung bersih kuib pada 2013 sebanyak rm500 ribu shj.

tetapi insyaallah, jika semua pihak sama-sama bekerjasama, sasaran untung bersih rm1juta boleh dicapai oleh kuib pada 2013. para anggota mestilah membeli barangan dan perkhidmatan kuib. para anggota mestilah menggalakkan keluarga, kawan dan kenalan membeli barangan dan perkhidmatan kuib. para kakitangan mestilah menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan penuh amanah dan ikhlas.

bersama kita majukan kuib untuk anggota, kakitangan, dan uitm.

Wednesday 16 January 2013

Ikhlas dan Amanah Menjalankan Tanggungjawab

insyaallah, kuib akan cuba mencapai matlamat yg telah ditetapkan anggota pada mat 2012. walau bagaimana pun, sehingga beberapa isu diselesaikan, proses ke arah mencapai matlamat ditetapkan terbantut.

alhamdulillah, kuib berjaya mengenalpasti halangan dan cabaran yg menyebabkan perjalanannya tidak lancar. insyaallah, dgn tindakan yg bakal dan telah diambil, kuib kembali dilandasan ke arah mencapai hasrat anggota secara ikhlas dan amanah.