About Me

My photo
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Tuesday 18 September 2012

Pengurus Besar Kanan KUiB

bermula 18 sep 2012, KUiB menerima kehadiran Encik Ali Zaki sebagai pengurus besar kanan untuk menerajui KUiB ke arah prestasi yang lebih cemerlang. ALK, staf dan anggota KUiB mengalu-alukan kehadiran Encik Ali Zaki.

bersama-samalah kita memberi sokongan kepada beliau untuk meningkatkan prestasi KUiB supaya hasrat yang dinyatakan oleh anggota KUiB pada MAT yang lalu dapat dicapai.

Sunday 15 July 2012

Teambuilding di Gambang Pahang


alhamdulillah KUiB telah mengadakan program binapasukan atau lebih dikenali sebagai teambuilding di Gambang Pahang. kehadiran staf hampir 100%.

pembentangan daripada unit2 turut diadakan. setiap unit berkongsi analisis swot. dan staf kuib komited untuk mendapatkan pulangan dividen yg lebih tinggi untuk 2012 dan tahun2 mendatang.

program teambuilding mempunyai maksud tersurat dan tersirat. spt kata timbalan pengerusi 'kita perlu dekati pelanggan supaya mereka ingin membeli dan dengan nilai yg lebih tinggi'. pelanggan membayar gaji kita. dan kita perlu amanah dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab untuk memastikan makanminum dan segala rezeki yg diperolehi dan dikongsi dengan ahli keluarga adalah halal.

selain drpd itu, kepimpinan bergantung kepada keadaan. tiada diantara kita boleh memimpin pada setiap masa dan di semua keadaan. maka organisasi amat memerlukan kerjasama antara staf. jika ada staf yg tidak membantu organisasi utk maju, maka organisasi terpaksa membuat keputusan yg mungkin pahit kpd individu tetapi sihat utk organisasi pada jangkapanjang.

Wednesday 11 April 2012

Koperasi UiTM Milik Ahli

koperasi uitm bhd atau kuib adalah milik ahli. berbeza dgn syarikat, setiap ahli koperasi mempunyai hak mengundi yg sama. iaitu bilangan saham yg dimiliki berbeza tetapi hak untuk mengundi setiap ahli hanyalah satu sahaja, bukannya berdasarkan kepada bilangan saham dimiliki.

kuib ditubuhkan untuk kebajikan ahli. samada berbentuk kewangan atau bukan kewangan. ahli2 kuib adalah staf dan bekas staf uitm. maka setiap yg dirancang kuib utk kebajikan bersama. bukannya utk mereka yg tertentu shj.

sedih apabila ada ahli yg tak menyokong aktiviti kuib. antara aktiviti utama kuib adalah perniagaan makanan di kafe menara saas, kedai runcit di menara saas, kedai buku di depan ptar1 dan di kuala pilah. maka adalah tanggungjawab ahli memberi sokongan seperti membeli barangan atau makanan di kedai/kafe yg dusahakan oleh kuib. ahli juga boleh membuat pesanan buku terus daripada staf kedai buku.

maju kuib, bertambah kebajikan utk ahli kuib.