About Me

My photo
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management
Showing posts with label kebaikan bersama. Show all posts
Showing posts with label kebaikan bersama. Show all posts

Monday, 22 April 2013

Lawatan Hormat Ke UiTM Negeri Sembilan dan UiTM Melaka

alhamdulillah, tadi pengurus besar kanan, pengurus pemasaran dan bendahari kuib telah melakukan lawatan hormat ke uitm negeri sembilan dan uitm melaka. lawatan hormat dilakukan kepada rektor negeri sembilan di kampus kuala pilah sementara kepada rektor melaka di kampus lendu alor gajah.

lawatan hormat untuk memperkenalkan kuib kepada kedua2 rektor. ianya juga berkaitan 'rebranding' kuib. selain daripada itu untuk melihat peluang perniagaan untuk kuib di kedua-dua kampus. melihat kepada sokongan dan dorongan daripada kedua2 rektor dan wakil kampus yang hadir sama, insyaallah kuib akan diberi peluang untuk menawarkan produk dan perkhidmatan kepada warga kedua2 kampus untuk kebaikan bersama.

terima kasih sekali lagi daripada kami kepada kedua2 rektor dan staf yang hadir.

Wednesday, 16 January 2013

Ikhlas dan Amanah Menjalankan Tanggungjawab

insyaallah, kuib akan cuba mencapai matlamat yg telah ditetapkan anggota pada mat 2012. walau bagaimana pun, sehingga beberapa isu diselesaikan, proses ke arah mencapai matlamat ditetapkan terbantut.

alhamdulillah, kuib berjaya mengenalpasti halangan dan cabaran yg menyebabkan perjalanannya tidak lancar. insyaallah, dgn tindakan yg bakal dan telah diambil, kuib kembali dilandasan ke arah mencapai hasrat anggota secara ikhlas dan amanah.

Sunday, 15 July 2012

Teambuilding di Gambang Pahang


alhamdulillah KUiB telah mengadakan program binapasukan atau lebih dikenali sebagai teambuilding di Gambang Pahang. kehadiran staf hampir 100%.

pembentangan daripada unit2 turut diadakan. setiap unit berkongsi analisis swot. dan staf kuib komited untuk mendapatkan pulangan dividen yg lebih tinggi untuk 2012 dan tahun2 mendatang.

program teambuilding mempunyai maksud tersurat dan tersirat. spt kata timbalan pengerusi 'kita perlu dekati pelanggan supaya mereka ingin membeli dan dengan nilai yg lebih tinggi'. pelanggan membayar gaji kita. dan kita perlu amanah dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab untuk memastikan makanminum dan segala rezeki yg diperolehi dan dikongsi dengan ahli keluarga adalah halal.

selain drpd itu, kepimpinan bergantung kepada keadaan. tiada diantara kita boleh memimpin pada setiap masa dan di semua keadaan. maka organisasi amat memerlukan kerjasama antara staf. jika ada staf yg tidak membantu organisasi utk maju, maka organisasi terpaksa membuat keputusan yg mungkin pahit kpd individu tetapi sihat utk organisasi pada jangkapanjang.

Saturday, 10 July 2010

Koperasi UiTM dan UiTM

perkhidmatan dan barangan yg disediakan di kuib adalah utk pelanggan yg majoritinya (kalau bukan kesemuanya) warga uitm. pemegang2 saham adalah warga2 uitm dan bekas warga2 uitm.

maka kuib akan sentiasa setia utk menawarkan perkhidmatan dan barangan yg dapat membantu warga uitm menjalankan amanah mereka. sebagai penambahbaikan, kuib amat2 mengharapkan sokongan drpd warga uitm. kuib mengharapkan ianya tidak menjadi spt perumpamaan melayu, 'kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan'.

sebagai warga uitm, kita sama2 berharap agar kuib akan sentiasa maju utk kebaikan warga uitm daripada tahun ke tahun. kuib - kita sentiasa usahakan secara bersama utk uitm.